Sofea dan Netty bertemu di kelab malam untuk raikan harijadi Netty. Pada mulanya Sofea menolak tapi pujukan Netty yang tak selalu balik ke Malaysia mencairkannya. Sofea didesak lagi oleh Netty untuk bekerja dengannya kerana takkan bahagia perkahwinan jika tak direstui mertua. Tanpa disedari Sofea, ketika keluar dari kelab malam itu, Datin Adibah sedang berada dalam keretanya tak jauh dari situ. Datin Adibah terkejut kerana Sofea langsung tak menghormati permintaannya malah menipunya. Datin Adibah merakam video gelagat Sofea dan Netty yang dalam keadaan mabuk itu.
Seminggu sebelum bernikah, Sofea bertandang ke rumah Datin Adibah atas pujukan Zain. Ketika berduaan, Datin Adibah beri amaran yang dia mahukan menantunya duduk di rumah, beri padanya cucu seramai mungkin dan tak mahu menantu yang gila bersosial serta mabuk-mabuk. Sofea pertahankan diri yang dia sudah berubah.
Datin Adibah menunjukkan video yang dirakamnya. Sofea terpaku, tak sangka terkantoi. Mahu dijelaskan, dia tahu Datin Adibah takkan percaya apa pun lagi cakapnya. Datin Adibah mencabar jika Sofea tak sanggup menuruti permintaannya, boleh undur diri sebelum terlambat. Cabaran Datin Adibah itulah membuatkan Sofea nekad mahu membalas dendam.
Ersalina makin resah kerana Iqram dan Zehra angsung tak menghubunginya. Kerana terlalu kemurungan akibat kecewa dan tak makan, Ersalina sakit dan pengsan.
Bagai tsunami menghempas, doktor Suria memberitahu Ersalina hamil 3 minggu. Haliza kalut. Untuk menjaga maruah, dia merahsiakannya daripada Ersalina sendiri serta suaminya, Badri dan abang Ersalina, Zakwan. Haliza juga minta Doktor Suria merahsiakan hal itu. Haliza yang terlalu sayangkan Ersalina, menangis bila teringatkan nasib Ersalina yang masih muda.
Zakwan yang tak puashati dengan penjelasan mamanya, bertemu Doktor Suria bertanya lanjut. Doktor Suria tetap berpegang pada janjinya dengan Haliza. Zakwan ambil kesempatan untuk mengenali hati Doktor Suria. Doktor Suria tak beri harapan, Cuma katakan boleh berkawan dengan sesiapa saja.
5 hari sebelum majlis bahagia Zain dan Sofea, Sofia menghubungi Zain mengatakan dia tak dapat teruskan perkahwinan mereka. zain merayu dan memujuk tapi Sofea sudah nekad, mengatakan dia bukan calon pilihan Datin Adibah dan akan berhijrah ke luar negara. Zain bagai orang gila cuba mencari Sofea tapi Sofea sudah berlepas ke luar negara.
Singgah sini kejap, hai :)
ReplyDeleteAl-Quran comel ni tinggal 4 corak je~~~
http://nadyabubble.blogspot.com/2014/08/rainbow-al-quran-madina.html