Lina resah teringatkan kejadian malam jahanam itu. Rasa bersalah teramat sangat apabila mamanya Haliza dan papanya amat menaruh harapan agar Ersalina berjaya dalam SPMnya dan cita-citanya. Ersalina cuba telefon Iqram. Tak berjawab, Ersalina makin kalut.
Sofea dapat tawaran bekerja di Australia dari kawannya, Netty, yang sudah punya syarikat besar dan berhijrah ke sana. Sofea serba salah, dia cintakan Zain dan mahu membina mahligai bersama lelaki itu. Tetapi bila teringatkan Datin Adibah, Sofea rasa tak sedap hati. Bahagiakan dia bila berkahwin nanti? Kalau Datin Adibah terus dengan sikap menyindirnya dan kurang senang padanya, bagaimana? Zain seperti biasa ceria kerana segala persiapan perkahwinannya lancar.
Sofia minta Zain fikir sedalam-dalamnya keputusannya kerana dia tak mahu rumahtangga mereka bergolak selepas perkahwinan dek tak direstui ibu Zain. Zain berikan janji yang dia akan bahagiakan Sofea sampai mati.
Zakwan bertemu dengan Doktor Suria di kliniknya dan mengadu tak sihat kerana sakit rindu. Doktor Suria cuba bertenang dan nampak tak berminat. Zakwan tak putus asa.
Zehra datang ke rumah Ersalina memberitau mereka sekeluarga akan berpindah ke Yaman dalam masa 2 minggu lagi. Ersalina terkejut dan tanyakan pasal Iqram. Iqram sibuk dengan peperiksaan akhirnya. Selesai peperiksaan Iqram berjumpa dengan Ersalina dan berjanji takkan lupakan Ersalina. Dia berjanji akan bertanggungjawab nanti tapi harus mengikut keluarga mereka terlebih dahulu ke Yaman. Ersalina sebenarnya takut tapi tak dapat membantah, terpaksa akur.
Keluarga Zehra bertolak ke KLIA. Ersalina resah dan sebak. Iqram sempat berbisik akan selalu hubunginya.
Lina resah tengok laptopnya, tak ada emel. Dia hantar lagi emel pada Zehra dan Iqram. Sudah seminggu mereka pergi tapi tak ada khabar berita lagi. Haliza bertanya juga pada Ersalina kenapa muram saja. Ersalina bagi alasan rindu pada Zehra.
No comments:
Post a Comment