MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com

Thursday, 24 January 2013

sinOpsis Setia Hujung Nyawa Episod 1


Ersalina dan Iqram, abang kawan baik Ersalina, Zehra, bermain mata ketika Ersalina melepak di rumah Zehra. SPM yang baru tamat membuatkan Ersalina dan Zehra selalu menghabiskan masa bersama. Ersalina sebenarnya ada hati pada Iqram tapi tak pernah berani berbual lebih-lebih kerana malu. Iqram sesekali mengusik Ersalina menyebabkan hati Ersalina terusik.
Percintaan Sofea dan Zain makin kritikal. Sofea tak dapat bersabar lagi dengan mama Zain iaitu Datin Adibah yang sangat tak berkenan padanya. Padahal dia bukan bekerja calang-calanng juga jika status yang dicari Datin Adibah. Jawatan Pengurus Pemasaran di sebuah syarikat swasta sudah dua tahun dipegangnya. Dan Zain juga tidak tahu, di belakangnya sudah berapa kali Sofea diberi amaran oleh Datin Adibah. Sofea jenis keras kepala, geram tapi tak menjawab sangat kerana ikhlas mencintai Zain. Dan Zain juga tak dapat hidup tanpanya.
Sofea beritahu Zain yang dia boleh undur diri jika keadaan memaksa. Namun Zain merayu dan berjanji akan berusaha supaya Datin Adibah dapat menerimanya.
Ersalina berkias dengan Zehra tentang perasaannya yang meminati seorang lelaki. Zehra mengusik dan mendesak beritahu siapa tapi Ersalina tak mengaku sukakan abangnya.
Ersalina dan Iqram mencari peluang berbual bersama ketika Zehra dan ibunya tak ada. Iqram luahkan persaannya suka pada Ersalina, Ersalina hanya tunduk malu, tak sangka Iqram juga berperasaan sama. Ersalina mula berangan untuk beritahu Zehra tapi takut pula Zehra tak merestuinya. Dipendamkan dulu niatnya.
Sofea dan Zain di kelab malam/ karaoke melepaskan tekanan. Balik saja, Datin Adibah marah lagi pada Zain. Sikap itulah yang menyebabkan Datin Adibah tak suka Zain berkawan dengan Sofea. Sofea mempengaruhi Zain ke aktiviti yang tak sihat. Datin Adibah bagi amaran kalau nak kahwin juga dengan Sofea, Zain dan Sofea harus ubah perangai. Zain berjanji tak akan jejak kaki ke kelab malam lagi.
Zain sampaikan amaran Datin Adibah pada Sofea. Sofea bertegas, itu kerjanya melayan klien sebagai Pengurus Pemasaran. Zain pujuk Sofea, jika betul cintakan dia, mereka harus berubah ke arah lebih positif untuk membina keluarga. Sofea serba salah, cinta atau kariernya? Sedangkan dia seorang yang amat komited pada kerja.

No comments:

Post a Comment