MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com

Thursday, 24 January 2013

sinopiS Setia Hujung Nyawa Episod 3


Sofea juga hairan kenapa Zain terlalu cepat mahu berkahwin. Tapi Zain tak mahu Sofea berubah fikiran. Zain merayu agar Sofea berjanji berubah dan takkan ke kelab malam lagi. Sofea akhirnya menurut, tak sanggup tengok Zain sedih. Datin Adibah sibuk dengan persiapan perkahwinan. Zain terharu, walaupun mummynya tak sukakan Sofea tapi merestui juga perkahwinannya.
Tapi bila Sofea datang, di depan Sofea Datin Adibah berlagak baik. Tapi bila Zain tak ada, ada saja perlian dan sindiran daripada Datin Adibah. Ini membuatkan Sofea selalu rasa tak selesa. Lagi dua minggu pernikahan mereka tapi Sofea merasa makin tawar hati dengan Zain yang lebih-lebihkan mummynya. Segala-galanya tentang mummynya hingga terkeluar kata-kata Zain anak mak. Zain terpukul tapi cepat memujuk Sofea kerana faham situasi Sofea dan berjanji mummynya akan berubah lepas mereka kahwin nanti
Zakwan terpikat pandang pertama pada Dr. Suria yang diperkenalkan oleh Haliza sebagai doktor keluarga mereka yang baru. Ersalina mengusik Zakwan yang nampak sangat berminat pada Doktor Suria
ErsaLina melawat Zehra yang demam, Puan Aida, ibu Zehra minta Iqram hantar Ersalina balik kerana sudah berjanji dengan mama Ersalina untuk menghantarnya. Iqram memang menanti waktu berdua-duaan dengan Ersalina. Iqram mengajak Ersalina minum dulu, Ersalina menolak kerana hari sudah malam. Namun pujukan Iqram lebih kuat.
Selesai minum, tak disangka hujan lebat. Mereka terperangkap dalam kereta di depan rumah kerana tiada payung. Iqram menggoda untuk berbual lebih lama. Kedinginan dan suasana sunyi itu akhirnya dimenangi oleh syaitan, mereka terlanjur.

No comments:

Post a Comment