MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com

Thursday, 24 January 2013

siNopsIs Setia Hujung Nyawa Episod 2


Zain memujuk mummynya dengan mengatakan dia dan Sofea sudah berubah dan tak akan jejak kaki ke kelab malam dan mabuk lagi. Datin Adibah tetap tak yakin sebenarnya. Datin Adibah sudah mogok dengan Zain selama seminggu itu.
Zain mintak nasihat ayahnya dan kawannya Hady. Pelbagai cara Zain lakukan untuk pujuk mummynya hinggakan Zain terpaksa tengok buku resipi untuk buat sandwich kegemaran Datin Adibah. Akhirnya Datin Adibah setuju, tak tahan dengan pujuk rayu Zain yang amat disayanginya.
Iqram mengajak Ersalina dating tapi Ersalina tak berani dan menolak. Ke mana saja dia pergi, pasti dihantar dan diambil oleh mamanya, Haliza. Tentu mamanya marah jika dapat tahu dia sudah menggatal punya kekasih sedangkan dia sedang menunggu keputusan SPM.
Haliza, Badri dan Zakwan sudah rancang untuk menghantar Ersalina belajar di universiti atau kolej terbaik. Ersalina juga akur dengan keputusan semua orang kesayangannya tanpa banyak bicara. Malah Ersalina juga berangan dengan Zehra untuk belajar di kolej yang sama.
Perbincangan dilakukan antara keluarga Datin Adibah dan Sofea saja kerana Sofea tidak punya saudara mara lain. Datin Adibah seperti terpaksa saja berunding. Datin Sofea terkejut bila Zain katakan dia tak mahu bertunang, malah mahu melangsungkan perkahwinan mereka lagi sebulan.

No comments:

Post a Comment