MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com

Thursday, 5 July 2012

Permohonan Kad Nikah

Permohonan Kad NikahPrint

 KAD NIKAH
Kad nikah merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai bagi menggantikan surat perakuan nikah di Negeri Selangor. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

 DI MANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KAD NIKAH Kad nikah boleh dibuat di:
*Bahagian Perundangan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Selangor,

Tingkat 4, Menara Selatan,

Bangunan Sultan Idris Shah,

40676, Persiaran Masjid Bukit SUK,

Shah Alam,Selangor

Sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan Kad Nikah boleh hubungi kami di talian:
* 03-55143463/3478

 SYARAT - SYARAT PERMOHONAN KAD NIKAH 
i) Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah/ berkahwin di Negeri Selangor sahaja.
ii) Pasangan mestilah sudah menerima surat perakuan nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah 

 DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1) Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami atau isteri)
2) 2 keping gambar berukuran IC(Kad pengenalan) :

a) 1 gambar suami (pakaian bersesuaian)

b) 1 gambar isteri (pakaian bersesuaian & bertudung)
3) Resit Bayaran
Pemohonan 2 keping kad untuk suami dan isteri dikenakan bayaran sebanyak RM 40. Pemohon boleh membuat pembayaran dan pemohonan di Bahagian Undang-undang Keluarga (JAIS), Tingkat 4, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

 CONTOH KAD NIKAH
Image Image

suMBER DaRI http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=172

Permohonan Perkahwinan Bagi Lelaki

Permohonan Perkahwinan Bagi LelakiPrint
MAKLUMAT UMUM 
  Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah. Oleh itu, ia perlu dilaksanakan mengikut ketetapan syariat. Melalui perkahwinan, seseorang itu dapat membina keluarga dan ini adalah suatu saluran untuk seseorang itu menunaikan ibadah iaitu dengan membelanjakan wang untuk keperluan keluarganya, memberikan pendidikan, menunaikan solat berjemaah dan sebagainya.
  
Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:
"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."
  Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.
  Oleh kerana melalui perkahwinan, umat manusia akan berkembang dan akan terjalin hubungan persaudaraan di antara dua buah keluarga, kita harus berhati-hati dalam melaksanakannya agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Islam telah menggariskan ciri-ciri calon suami atau isteri yang patut dipilih iaitu kerana kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Walau bagaimanapun, Islam menekankan bahawa pemilihan yang paling baik adalah dari kalangan orang yang beragama.
  Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Negeri Selangor dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.

PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH (LELAKI)
 **HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
 **DAPATKAN BORANG 2A DI JAIS/ PAID ATAU DOWNLOAD BORANG DI SINI.
 **
DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN UNDANG-UNDANG  KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
 **LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN (3 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
 **DAPATKAN PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH QARIAH
 **DAPATKAN KEBENARAN BERKAHWIN DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID)
 **
SERAHKAN KEBENARAN KEPADA PIHAK PEREMPUAN
 Image Download Prosedur dan Syarat-syarat Prosedur Permohonan Berkahwin Bagi Lelaki
   
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
 **SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)
 **SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)
 **SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
 **
KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV 
 **SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)
 **
SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
didalam kad pengenalan).
 **SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)
 **SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
 **SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
 **
SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMEGRESEN.
(Jika pemohon warganegara asing)

ImageDOWNLOAD BORANG PERMOHONAN NIKAH
ImageDOWNLOAD BORANG PENGESAHAN PEMASTAUTINAN

JENIS-JENIS PERNIKAHAN YANG DIISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARI MAHKAMAH SYARIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
 1.PERNIKAHAN POLIGAMI.
 2.PERNIKAHAN DI BAWAH UMUR.
 3.PERNIKAHAN JANDA BERHIAS DALAM PERJALANAN IDDAH.
 4.PERNIKAHAN MUALLAF TANPA WALI.
 5.PERNIKAHAN ANAK LUAR NIKAH.
 6.PERNIKAHAN ANAK ANGKAT (Yang mana walinya tidak diketahui kedudukannya).
 7.PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG TIADA WALI(SEBAB NASAB/ KETURUNAN) TIADA YANG MELAYAKKAN UNTUK MENJADI WALI MENGIKUT HUKUM SYARAK.
 8.PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA WALINYA GHAIB; TIADA DIKETAHUI KEDUDUKANNYA SAMA ADA HIDUP ATAU MATI.
 9.PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA TERBUKTI WALINYA DIKETAHUI TEMPAT TINGGALNYA BERADA (MELEBIHI 2 MARHALAH) TETAPI SANGAT SUKAR UNTUK DIHUBUNGI OLEH MANA-MANA ALAT KOMUNIKASI DAN BERTULIS.
 10.
PERNIKAHAN ATAS SEBAB "WALI ENGGAN UNTUK MENJADI WALI.
   
SEKSYEN-SEKSYEN DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR (EUKINS 2003) YANG BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN PERNIKAHAN TERSEBUT:-
   
 A.
Seksyen 23 EUKINS 2003 (Pernikahan Poligami)
i) rujuk pamphlet permohonan berpoligami JAIS.
 B.

Seksyen 8 EUKINS 2003 (Pernikahan bawah umur)

"Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenaran secara bertulis dalam keadaan tertentu. "
 
C.
Seksyen 13 (b) EUKINS 2003 (Pernikahan Wali Enggan)

Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada :-
(b)

Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan memberi persetujuan terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak, persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan mempunyai wali nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali telah enggan memberi persetujuannya dengan tiada nasab yang munasabah.
D.Seksyen 14 (3) EUKINS 2003 (Pernikahan Janda Berhias)
Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum ia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, ia tidak boleh dalam masa iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin.
E.Seksyen 18 (1) dan 18 (2) EUKINS 2003 (berhubung dengan semua jenis pernikahan yang diperjelaskan di atas)
" Dalam mana-mana kes berikut, iaitu :-

(a)
Jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah seksyen 8, atau
(b)Jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh seksyen 14 (3) atau
(c)

Jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak. Maka pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
(d)

Hakim Syarie, apabila berpuashati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali raja bagi maksud-maksud perenggan 13(b), mengikut mana-mana yang berkenaan hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.
  ^Atas

SOALAN YANG SERING DITANYA
 **Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?
  Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.
 **
Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
  Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.
 **Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?
  Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.
 **Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?
  Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau atau boleh download terus di sini.
 **
Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?
  Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.
 **
Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan Majlis Ijab-Qabul di Negeri Selangor menjalani ujian darah/ HIV ?
  Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul dalam Negeri Selangor DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.
  
sUmbEr dAri :- www.jais.gov.my :D

Permohonan Perkahwinan Bagi Perempuan

Permohonan Perkahwinan Bagi PerempuanPrint
MAKLUMAT UMUM 

Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah. Oleh itu, ia perlu dilaksanakan mengikut ketetapan syariat. Melalui perkahwinan, seseorang itu dapat membina keluarga dan ini adalah suatu saluran untuk seseorang itu menunaikan ibadah iaitu dengan membelanjakan wang untuk keperluan keluarganya, memberikan pendidikan, menunaikan solat berjemaah dan sebagainya.

Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:

"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu." 

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.

Oleh kerana melalui perkahwinan, umat manusia akan berkembang dan akan terjalin hubungan persaudaraan di antara dua buah keluarga, kita harus berhati-hati dalam melaksanakannya agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Islam telah menggariskan ciri-ciri calon suami atau isteri yang patut dipilih iaitu kerana kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Walau bagaimanapun, Islam menekankan bahawa pemilihan yang paling baik adalah dari kalangan orang yang beragama.

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.

Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti Berikut :-.

1. Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.

Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Negeri Selangor dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.

UTAMA
 arrow Permohonan Perkahwinan Bagi Perempuan

PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN 

1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DI JAIS/ PAID ATAU DOWNLOAD BORANG DI SINI.
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN
  UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH.
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.
9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.

ImageDownload Prosedur Dan Syarat-syarat Prosedur Permohonan Berkahwin Bagi Perempuan 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).

not DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN OLEH PEREMPUAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN
not DOWNLOAD BORANG WALI & WAKARAH
not DOWNLOAD CARTA SUSUNAN WALI BAGI PEREMPUAN ISLAM

JENIS-JENIS PERNIKAHAN YANG DIISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARI MAHKAMAH SYARIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

1. PERNIKAHAN POLIGAMI.
2. PERNIKAHAN DI BAWAH UMUR.
3. PERNIKAHAN JANDA BERHIAS DALAM PERJALANAN IDDAH.
4. PERNIKAHAN MUALLAF TANPA WALI.
5. PERNIKAHAN ANAK LUAR NIKAH.
6. PERNIKAHAN ANAK ANGKAT (Yang mana walinya tidak diketahui kedudukannya).
7. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG TIADA WALI(SEBAB NASAB/ KETURUNAN) TIADA YANG MELAYAKKAN UNTUK MENJADI WALI MENGIKUT HUKUM SYARAK.
8. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA WALINYA GHAIB; TIADA DIKETAHUI KEDUDUKANNYA SAMA ADA HIDUP ATAU MATI.
9. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA TERBUKTI WALINYA DIKETAHUI TEMPAT TINGGALNYA BERADA (MELEBIHI 2 MARHALAH) TETAPI SANGAT SUKAR UNTUK DIHUBUNGI OLEH MANA-MANA ALAT KOMUNIKASI DAN BERTULIS.
10.PERNIKAHAN ATAS SEBAB "WALI ENGGAN UNTUK MENJADI WALI.

SEKSYEN-SEKSYEN DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR (EUKINS 2003) YANG BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN PERNIKAHAN TERSEBUT :-

A.Seksyen 23 EUKINS 2003 (Pernikahan Poligami)
i) rujuk pamphlet permohonan berpoligami JAIS.

B.Seksyen 8 EUKINS 2003 (Pernikahan bawah umur)

"Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenaran secara bertulis dalam keadaan tertentu. "

C.Seksyen 13 (b) EUKINS 2003 (Pernikahan Wali Enggan)

Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada :-

(b)Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan memberi persetujuan terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak, persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan mempunyai wali nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali telah enggan memberi persetujuannya dengan tiada nasab yang munasabah.

D.Seksyen 14 (3) EUKINS 2003 (Pernikahan Janda Berhias)

Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum ia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, ia tidak boleh dalam masa iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin.

E.Seksyen 18 (1) dan 18 (2) EUKINS 2003 (berhubung dengan semua jenis pernikahan yang diperjelaskan di atas) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu :-

(a)Jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah seksyen 8, atau
(b)Jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh seksyen 14 (3) atau
(c)Jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak. Maka pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
(d)Hakim Syarie, apabila berpuashati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali raja bagi maksud-maksud perenggan 13(b), mengikut mana-mana yang berkenaan hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

SOALAN YANG SERING DITANYA 

? Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ? 

Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.

? Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?

Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.

? Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?

Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.

? Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?

Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau atau boleh download terus di sini.

? Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?

Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.

? Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan Majlis Ijab-Qabul di Negeri Selangor menjalani ujian darah/ HIV ?

Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul dalam Negeri Selangor DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.

sUmber dAri :-  www.jais.gov.my :D

Tuesday, 3 July 2012

25 Cara kurus tanpa ubatan

  CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.
ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.
KUANTITI MAKANAN SEDIKIT
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit;daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
AMBIL MINUMAN MASAM ATAU KURANG GULA
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
MAKAN SAYURAN DAN BUAHAN SELALU
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah .
REKOD TIMBANG 6 KALI SETAHUN
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.
AMBIL MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.
PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.
SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan.
Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.
Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
TUMPU PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
AMBIL MAKANAN REBUS, PANGGANG ATAU KUKUS
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
GUNA PINGGAN RATA
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin b anyak
makanan ringan yang anda habiskan!
BERJALAN-JALAN SELEPAS MAKAN BAKAR KALORI
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.
TIDAK BERBELANJA KETIKA PERUT KOSONG
Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
AMAL SENAMAN KEMPIS PERUT
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
KURANGKAN GUNA GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
AKTIVITI FIZIKAL UNTUK LANGSING
Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudia n sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan peha.