Thursday, 28 June 2012
Langkah demi langkah dalam merancang majlis perkahwinan
1) Tetapkan tarikh
Sebelum membuat apa2 perancangan, tarikh nikah hendaklah ditetapkan awal2. Seelok-eloknya, tarikh ditetapkanat least 6 bulan sebelum majlis berlangsung - bagi memberi korang masa yg cukup untuk merancang.
2) Kursus kawin
Setiap pasangan yang nak kawin, wajib mengikuti kursus kawin. Sebaik-baiknya selepas dah set tarikh nikah, terus daftar jer untuk kursus kawin yang biasanya hanya berlangsung 2 hari sajer.
3) Tentukan konsep majlis
Bincang dengan pasangan bagi mendapat ilham konsep perkahwinan sama ada exclusive, modern atau traditional. Tetapkan jugak lokasi di mana korang ingin majlis diadakan sama ada di rumah sendiri, dewan, taman, hotel atau tempat2 lain yg seangkatan dgnnya.
4) Buat bajet perkahwinan
Cara terbaik untuk buat bajet atau perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah dengan membuat list. Listkan segala bende2 yang perlu dibuat seblum majlis berlangsung. Kemudian tuliskan bajet untuk setiap perkara yg ditulis tue bagi mendapatkan anggaran jumlah bajet secara keseluruhan.
5) Buat senarai jemputan
Senaraikan saudara mara, kawan2 dan kenalan yang ingin dijemput supaya senang korang nak tempah kad kahwin nanti. Selain tue, dengan adanya list nie, korang bleh tau sebesar atau semeriah mana majlis perkahwinan korang nanti.
6) Pilih pakej perkahwinan
Seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum majlis, korang dah kena pilih pakej perkahwinan yang sesuai. Sebabnya kalu tempah lewat2, semua pakej yang lawa2 dan berpatutan mungkin dah abis ditempah orang (lebih2 lagi kalu majlis dibuat masa cuti sekolah). Biasanya, pakej kawin nie akan termasuk sekali pelamin, baju pengantin, hiasan kamar pengantin, pintu gerbang, make-up, fotografi dll…
7) Tempah kad
Setelah siap buat list jemputan, korang kena lah tempah kad jemputan kawin pulak. Biasanya kira-kira dalam 2 bulan sebelum majlis diadakan, korang dah bleh tempah kad kawin nie. Jangan tunggu last2 minute, sbb nnt kot tak sempat nak hantar kad pulak.
8) Shopping untuk barang2 hantaran
Barang2 untuk hantaran kawin nie better dibeli masa tengah ada sale. Barang2 yg tahan lama spt kasut, handbagdsb. boleh dibeli awl2 lagi. Alang2 tue, belilah skali alat2 untuk buat gubahan hantaran. Nie jika korang gubah barang2 hantaran tue sendiri la…Jimat masa sket, ye tak?
9) Memilih cincin
Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai. So, pilih lah cincin yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang korang. Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan 2 bulan sebelum majlis berlangsung.
10) Settle kan segala urusan dengan pejabat agama
Sebelum majlis pernikahan berlangsung, settlekan semer urusan dengan pejabat agama spt. surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. Biasanya segala urusan nie hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis.
11) Hantar kad jemputan
Haii… kalu terlupa hantar kad jemputan, sunyi sepi la majlis perkawinan korang nanti:-) Kad jemputan nie elokla dihantar 1 bulan atau beberapa minggu sebelum majlis. Jangan korang lupe pulak, yer!
12) Tempah khidmat katering/tukang masak
Selewat2nya 1 bulan sebelum majlis, korang dah kena tempah khidmat katering atau tukang masak untuk kenduri kawin korang. Ini bagi memberi masa yg cukup untuk tukang masak membeli barang2 dapur spt. beras, rempah, daging dsb…
13) Tempah pakej canopy
Pakej canopy jugak perlu ditempah awl2. Pastikan pakejnya termasuk kelengkapan yang berkaitan spt. kerusi, meja, tray lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dsb. lagi.
14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap
Sebelum majlis berlangsung, pastikan segala hantaran telah siap digubah. Barang2 hantaran seperti manisan, coklat, kek dsb. boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Manakala barang hantaran spt sejadah, telekung sembahyang, sepersalinan kain dsb. boleh digubah awl2 lagi.
15) Telefon pihak2 berkaitan dan pastikan segalanya berjalan lancar.
Pihak2 yg dimaksudkan adalah spt. penyedia pakej perkahwinan, juru solek, tok kadi, camera man, caterer (kalu guna khidmat katering) dll yang berkaitan. Nie penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku menjelang majlis perkahwinan korang nanti.
16) Hari berlangsungnya majlis!
Saat manis anda telah tiba! Bagi pasangan Raja Sehari, bergembiralah di majlis bahagia korang nie. Relaks, tenangkan fikiran dan jangan panik:-) Jika telah diatur dengan baik, segala2nya akan berjalan dengan sempurna!
Anggaran ‘budget’ untuk perkahwinan anda
Harga fixed ke boleh runding?
– la nie, kebanyakan penyedia pakej perkahwinan menawarkan harga yang buleh dirunding. Ok la kalu camtu… senang skit nak berkira, kan? Namun, ada gak sesetengah tempat tu yang menawarkan fixed price…sbb maybepakej diorang pun dah cukup murah kot?..:-)
Harga pakej termasuk aksesori tak?
– adakah harga pakej perkahwinan yang ditawarkan tu termasuk aksesorinya? Sblom nak pilih mana2 pakej, tanya dlu apa aksesori yang diberikan (biasanya free kerana termasuk skali dlm pakej) … kalu korang tak tanya, nanti kot lepas bayar, tengok2 kasut takde (pakai slipar jepun je la…), veil takde, tiara, keris, tengkolok semua takde… camne nak posing atas pelamin nie?
Adakah harga berpatutan?
– you all kena rajin2 la buat survey sebab nak tau pakej yang anda pilih nanti berpatutan ke tak? Biasa la… harga pakej kawin nie lain2 …ader yang mahal dan ader yang ‘tak seberapa mahal’…:-) walaupun kualiti dan materialyang digunakan sama jer… satu lagi, korang kena perhati betul2 pada list pakej yang ditawarkan. Contohnya ada tak hiasan bilik tido, solekan, pintu gerbang/arc, fotografi dll.
Ingat bajet anda
- bukan nak suruh pilih yang paling murah, tapi tengok pada bajet la…kalu bajet dalam 2 – 3 ribu, takkan nak pilih yang 5 ribu lak, betul tak? Misalnya, kalu baju pengantin dah ader orang nak sponsor ker, tak yah la masukkan sekali dalam pakej tu… boleh tukar dengan bende lain.. buleh la korang berjimat skit…:-)
Ada caj pengangkutan ker?
– yang nie pun korang kena tanya gak. Biasanya caj untuk pengangkutan nie memang la ader…tapi biasanya bleh runding … dan biasanya untuk jarak dekat, takde caj…
Mesra pelanggan?
– ehem2..paham2 aje la…sesetengah butik perkahwinan tu susah nak berkira (kalau kita nie bukan golongan VIP ke, anak datuk ker…:-))… contohnya, kalau nak mintak tolong adjustkan baju ker, nak tukar kasut ker, aksesori lain ker…tak boleh. Apa nie…bukan ke kite yang bayar? So, pandai2la buat pilihan yang tepat, ok?
Ok, harap2 nyer korang mendapat sedikit ‘insights’ apabila nak pilih pakej perkahwinan nanti. Dan satu lagi, mintakla nasihat daripada orang tua, kawan2 yang dah kawin ke atau sape2 saje la, supaya kita dapat buat pilihan yang tepat. Sikit lagi info tambahan, di bawah nie ada disenaraikan contoh pakej pengantin (sekali dengan aksesori) yang biasa ditawarkan. Renung-renungkan lah…:-)
Pakej pengantin:
Hiasan pelamin (the whole set)
Pakaian pengantin (lelaki dan perempuan)
– Baju berinai / nikah / sanding
– 2/3 persalinan atau lebih.
– biasanya baju lace/songket/satin – perempuan
– baju melayu – lelaki
Make-up dan tatarias (1 atau 2 kali – untuk nikah/sanding atau kedua2 nya sekali)
Fotografi (1 atau 2 kali – untuk nikah/sanding atau kedua2 nya sekali)
Hiasan kamar pengantin
Pintu gerbang (arc)
Hiasan meja makan beradap
Aksesori (biasanya free of charge… tapi ada sesetengah yang kena bayar sewanya):
- Bunga tangan
- Kasut pengantin perempuan
- Alas /ciur
- Rantai
- Keris
- Samping
- Bengkong
- Tengkolok
- Tiara/Mahkota
- Selendang
- Veil (pendek / panjang)
- Subang
- Payung
Merancang majlis perkahwinan
Wah…bukan senang nak berkawin rupanya! Banyak betul perkara2 yang anda kena ambik tau semasa merancang sesuatu majlis perkahwinan. Jika korang tak mau memeningkan kepala, apa kata upah wedding planner jer…:-) Walaupun begitu, anda tetap kena tau sikit sebanyak tentang apa yang perlu dibuat sebelum tibanya hari bersejarah itu! Jom tengok list di bawah nie…
1. Daftar kursus kawin
2. Set tarikh (nikah dan sanding)
3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan
4. Pilih tema majlis kahwin
5. Buat medical check-up (HIV)
6. Beli barang2 hantaran
7. Beli souvenir dan bunga telur
8. Beli alat2 untuk gubahan barang hantaran
9. Tempah juru nikah atau tok kadi
10. Senaraikan tetamu yang nak dijemput
11. Tempah kad jemputan
12. Gubah barang2 hantaran
13. Tempah pelamin
14. Book juru solek atau mak andam
15. Pilih busana pengantin
16. Tempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain)
17. Tempah juru kamera dan/atau juru video
18. Beli barang2 untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dll) – atau pakai jer khidmat catering kalau tak nak peningkan kepale korang yang dah pusing tue…
19. Hiasan meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)
20. Hiburan (kompang ke, silat gayung ker, marhaban, tarian dll.)
21. Membuat banting atau signage (jika berkaitan)
Seperkara yang you all perlu ingat adalah list di atas bukanlah mengikut susunan. Dan mungkin ada beberapasteps yang tak perlu diikut. So, korang kena pandai-pandailah rancang dan susun jadual masing2. And kiranya ada perkara2 yang lupa untuk dimasukkan di atas, sukacitanya jika korang dapat menambah dengan menggunakan ruangan komen di bawah. Terima kasih & selamat merancang!
Wednesday, 27 June 2012
10 Cara romantik memohon maaf
Sekiranya pasangan anda merajuk disebabkan sedikit perselisihan faham yang terjadi, sudah pasti anda memerlukan masa yang agak lama untuk memujuknya.Namun jangan susah hati kerana di sini diperturunkan 10 kaedah untuk memujuk pasangan yang merajuk dengan cara yang paling romantik. Kaedah ini jika digunakan sebaiknya pasti akan berjaya.Walau bagaimanapun, segalanya bergantung kepada kejujuran serta tahap usaha yang anda tunjukkan. Ini kerana mereka yang merajuk selalunya suka dipujuk dan dirayu sebagai tanda anda menghargai mereka serta menyesali perbuatan yang telah lalu.
Oleh sebab itu, jika teknik pertama tidak berjaya, gunakan teknik kedua dan seterusnya. Lambat laun, hati si dia pasti akan cair dan dapat memaafkan anda.
1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.
2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.
3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.
4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua.7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.
8. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.
9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.
10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua.
Tuesday, 26 June 2012
Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan
Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain.
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain.
Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)